Friday, June 29, 2012

MUKHAYYAM Arabiyy 2012 XD

Assalamualaikum

           Lama tak update.Sibuklah, nak buat macam mana? Folio sejarah tak siap lagi.Tapi hatiku rasa lega sangat sebab, aku dah selamat menduduki exam Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ). Alhamdulillah pasni boleh fokus untuk PMR.Ceh, PMR..Bila tengok keputusan pekse aku, Menaik tapi masih tak mencapai target. Huh berselirat kepala otak aku berfikir.Yela masa pekse hari tu, sibuk sangat layan TV. Now, padan muka lah.
 
excited lah !

          Namun, bukan perkara itu yang aku nak bebelkan sekarang.Aku nak cite pasal aktiviti yang aku sertai pada dua minggu yang lalu.Shunggggg..Baru sekarang nak update? Krik Krik Krik.. Aku kan pemalas 8)


Aku yakin semua dah baca tajuk entry ini.Belum baca?Boleh pulak =.='' Haaa takpe-takpe meh aku tulis balik...
 Mukhayyam Arabiyy 2012

          Mukhayyam arabiyy ataupun dalam bahasa ibunda kita ialah KEM BAHASA ARAB.Well, lebih kurang begitu lah.Program ini merupakan program anjuran sekolah. Berlangsung selama 3 hari 2 malam. Macam biasa, venue program ini mestilah di sekolah.Tidur pun of coz la kat sekolah juga.Program ini julung kali sekolah adakan and Alhamdulillah, it went well.Segalanya berjalan dengan baik.

          Seriously, masa ustazah cakap nak buat kem macam ni, aku memang teruja sangat. Overall kem ni memang menarik dan menghiburkan, malah tidak membosankan. Barisan fasilitator memang gempak Masya Allah! Memang cakap bahasa arab je lah. Aku pun faham-faham je lah. Kalau tak faham fasilitator akan terangkan. Selain itu, jadual program ini memang padat. Tapi bagus juga buat camni. Takde lah boring. Siap ada Qiamullail lagi. Memang jaiid lah!
Saya, cikgu! Saya, cikgu !!

            Part yang paling menarik ialah aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Sungguh BEST ! Kaedah yang mereka gunakan memang bagus la dan aku tengok semua orang tertarik dan berminat. Yang paling aku suka masa jawab soalan. Muahahhaha, group aku memang leading ah jawab soalan. Antara peneraju utama,aku lah XD. Alhamdulillah sebab group aku rajin jawab soalan, kitorang menang hadiah KUMPULAN TERBAIK. Winkwinkwink ~ Angkat kening sikit ...

             Sedih la gak perfomance group aku masa hari terakhir merudum.Ye laa kurang persediaan.Dan aku adalah antara manusia yang spoil-kan persembahan.Tergagap-gagap masa baca khitobah (syarahan). Yeyeyeye aku bersalah :(

              Bagaimanapun aku tetap bersyukur dan berasa sangat bertuah berada dalam group Al-Afghani (nama majmuatii) sebab ahli kumpulan aku memang best, baik, dengar cakap. Pokoknya, diorang ni mumtaz ah :3 Fasilitator kitorang Ustaz Irham pun best juga.Gelak tawa gurau senda tu konfem ar ada. Ustaz pun sporting jea. Apa pun, kem ini memang menarik! Harap-haraplah tahun depan ada lagi and  fasilitator yang sama pun datang lagi XD Mengada-ngada betul aku :3

 Memories ~

Rasa-rasanya tu je lah yang aku nak kongsikan hari ini.Panjang bebeno aku taip.Maaflah ye, saya tak pandai nak tulis entry ringkas dan padat :3

P/s : Esok hari sukan ah.Satu acara pun aku tak masuk baik hias khemah atau perbarisan.Tiba-tiba aku jadi malas =.='..Btw Good Luck Putra!Steady and Cool X)

7 comments:

  1. akak pn dlu ambik ujian kkq jgk..
    dgn bhs arabnye lagi.. tp best! :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun susah tapi both bahasa arab n kkq memang best.. plus kita dapat ilmu yg bermanfaat untuk kita :)

      Delete
  2. asal aku rasa kem arab ni dah lama. asl bru buat skrg? asal? asal? asal? ahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. it has been two weeks babeyh XD
      Well, you know me.Aku kan busygirl ~
      *busy la sangat*

      Delete
  3. Hermione ;') baru je tgk harry potter yg 1st minggu lepas. HAHA


    my folio sej tak complete sangat. markah exam mid-term okay je ;)

    ReplyDelete
  4. hermione masa kecil so sweet :3
    goodluck percubaan PMR ;D

    ReplyDelete
  5. terasa diri tua baca entri ni...kahkah!

    ReplyDelete

Jom komen post sy :)