Friday, February 14, 2014

Rendah Diri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Seorang budak sedang berasa rendah diri.


Pernah tak rasa bila kau nak buat sesuatu tetapi kau rasa kau tak layak?
Kau rasa malu.
Padahal kau nak sangat buat tetapi bila fikir apa yang orang lain akan cakap,kau takut.


Kau gusar tatkala berbuat demikian kau akan dicemuh.
Kau gusar pabila  mereka berkata-kata bahawa ada orang lebih layak daripada kau untuk melakukannya.


Sakit,sedih,pedih pasti tertusuk di hati.
Akhirnya kau mengalah.


Dan kemudian hari kau menyesal,
Memikirkan
"Kenapa aku tidak buat"
"Kenapa aku  putus asa"