Friday, August 16, 2013

Mukhayyam Arabiyy 2013

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Wassup yo! Lama tak update.Well, Mid Year Examination kan ? Selain itu, ketiadaan idea.Walhal, tajuk dah ada. Hmm nak elaborate isi tu je.Keh berjam-jamlah.Hambo ni, memang tak sah ler kalau menaip entry tak makan masa.Faham-faham lah ye.

Sekolahku :)

Apapun, hari ini aku nak berkongsi cerita dan pengalaman yang aku alami ketika menyertai Mukhayyam Arabiyy 2013 yang dianjurkan pihak sekolah. Lelebih ni, aku nak share sikit je.Eh eh cik Siti, Mukhayyam arabiyy ni bila buat erk ? Uhukss 19-21 April yang lalu ehehe.. Lama dah sangat sebenarnya hambo merancang nak menulis, tapi apakan daya...

Macam tahun lepas, kem ini dikendalikan oleh alumni Pondek Modern Darussalam,Gontor. Mereka sedang melanjutkan pelajaran di UIA.Minta maaf sangat, aku tak beghape ingat nama penuh sekolah ustaz-ustaz tu.Yang penting,apa yang perlu korang tahu,sekolah itu terletak di Gontor, Jawa Timur, Indonesia. Jauh kan~

Pada tahun ni, bilangan fasilitator (ustaz-ustaz) bertambah sebab peserta pun bertambah. Alhamdulillah tahun ni dah ada kelas 1 Perdana hingga 5 Perdana. Maknanya,dah ada dah kelas KAA untuk setiap tingkatan.

Ketua fasilitator namanya Ustaz Thuba. Hmm sporting orangnye. Pandai buat lawak. Fasililator group aku pula, Ustaz Revqee. Nak tahu apa gelaran yang kawan-kawan aku bagi? Hehe Ustaz Beto.Eh eh apasal pulak ? Hahaha, depa kata ustaz Revqee ada iras Beto Qushairy. Hmm ada kot XD

 Ustaz Thuba.

Then ada ustaz Haikal.Ramai gile yang minat dia.Ada org kata dia iras Aiman Hakim Ridza. Aku tak tahulah depa pandang tang mana lah nampak seiras dengan Aiman. Lagi,Ustaz Sudarmawan, Ustaz Zaini Mukhlis Ustaz Faqih, Ustaz Arif,Ustaz Ahya  wa Ustaz Ruhul Jihad(Sedapnya nama ustaz-ustaz ni!).

Atur caranya tak banyak beza daripada tahun lepas. Pengisiannya sahaja yang berbeza. Tapi bila fikir-fikir balik berbeza la juga :P  Best sangat!

Waktu pagi, macam biasa ta'lim aka belajar. Petang pula, ada lu'bah aka pertandingan/permainan.  Malam pula......Hmm che tak tau la nak habaq lagu mana T_T  (tak ingat nama aktiviti actually) Aktivitinya lebih kepada kemahiran mendengar dan melihat. Kami menonton satu cerita kartun Arab,then ustaz tanya soalan berdasarkan cerita tu. Memang kena pasang telinga betul-betul.

Aktiviti pada malam sabtu ^^

Ini ahli kumpulan aku. Jengjengjeng~ Sofiyya Solihah <3 Kumpulan ni dengan kumpulan Fatimah sahaja yang ahli kumpulannya semua wanita. Aku dan Aina sahajalah pelajar perempuan tingkatan 4 dalam kumpulan ini. Selebihnya tingkatan 3. Junior aku baik-baik sangat!Uhibbukunna jiddan <3

 Sofiyya Solihah :)

Kumpulan terbaik disandang oleh kumpulan Fatimah. Semua kawan-kawan aku yang tingkatan 4 merupakan ahli kumpulan ni. Kawan-kawan aku semua tu kalau bab-bab cemni memang semangat habis lah! Tu la depa boleh menang.Congratzzz!Mabruk alaikunna !!! Group aku dapat nombor 2 untuk Drama (At-tamsil). Alhamdulillah dapat la jugak~

Lagi satu, aku terpilih jadi MC.Hahaha pengerusi majlis bagi majlis penutup. Teruk gila weyh, salah baca banyak. Muka aku time tu masam gila.Kawan-kawan aku semua cakap yang suara aku slow gila. Alhamdulillah walaupun teruk, banyak benda yang aku belajar hehehe. Syukran jazilan ila Ustaz Arif Maulana atas segala yang diajar. Aaasif jiddan sebab  tak dapat perform yang bagus-bagus :(

Alhamdulillah banyak ilmu dan pengajaran yang aku dapat dalam program ni.

Perkataan baru, ayat baru, pengalaman yang ohsem,pengajaran yang amat berguna dan...(banyak lagi sebenarnya) ukhuwah.

Yes.Ukhuwah.

Mana taknya, tidur ramai-ramai dalam surau. Dapat bersembang share cerita dengan kawan. Makan sama-sama. Berkenal-kenalan dengan junior and senior. Semangat kerjasama lagi.

Semoga ukhuwah ini terjalin sampai bila-bila ;) Aaamiiin.

Aku juga berharap senior year aku that is next year InsyaAllah , aku dapat join lagi mukhayyam ni and have fun dengan semua orang :)) Aaamiiin

Itu sahaja buat kali ini.Semoga kita berjumpa lagi!

Wassalam ~ Ma'as Salamah wa Ilal Liqo'.
Sayounara! Jya Matta Ne !!! 

P/S : Post ni dah lama dah aku taip, tetapi tergendala.Mohon maaf banyak-banyak! Btw Selamat Hari Raya.Maaf Zahir dan Batin :B