Monday, October 31, 2011

Jangan Mengata Orang , Nanti balik kat kita

Assalamualaikum kalian semua :) Sihat tak?Kalau tak sihat cepat pergi klinik!Nanti melarat pula :(

Aimaklumlah nak masuk musim tengkujuh ni kan, penyakit demam memang popular. Apa yang pentingnya,kalau mak suruh makan sayur, makan!Kalau mak suruh minum air masak,minum!Kalau mak suruh makan vitamin C,makan!Kalau mak suruh makan madu, Makan!Kalau mak suruh bawak payung pergi sekolah ,bawak!*Menasihati diri sendiri di samping menasihati orang lain :3

color splash Pictures, Images and Photos

Back to the topic -->>jangan mengata orang,nanti balik kat kita

Selalu dengar kan?Itulah mak CT selalu cakap kat kami adik-beradik,kalau ada antara kami yang mengejek sesama sendiri.

Contohnya,ada si dia ni, telinganya capang.Maka, adalah manusia seorang nih ejek-ejek pasal telinga si dia tu.Padahal takda masalah pon ngan telinga dia.Telinga dia kacau kau ke?Ke kau jakun sangat tengok orang ade telinga camtu, kau takde?Sebenarnya, tak elok tau ejek-ejek tentang kejadian diri seseorang.Ia sama dengan menghina ciptaan Allah!

One more, ada seorang hamba Allah ni , X dia mengalami masalah kulit.Ada seorang lelaki ini ,Y yang kononya rupanya putih, tiada jerawat, senang cite Handsome!Dia ejeklah X tadi.Lama kelamaan, muka si Y ni plak yang bermasalah.Yang si X ni makin baik.
Sesiapa yang mencaci orang lain,sebenarnya dia mencaci diri dia sendiri.
So, faham-faham je la maksudnya :)

Renungan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Huraian:
  • Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah. 
  • Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

p/s : renung-renungkan :)

Sunday, October 9, 2011

Contest I'm Proud To Be A Muslimah

Assalamualaikum Everyone! | Waalaikumusalam|

Yo! Khabare anda di sana?Saya di sini,seperti biasa sihat2 aja dong.Cuma, perut ini rasa ngak selesa.Apalah yg ku makan tadi.Alhamdulillah sekarang dah oke.Moga2 tarak sakit2 lagi.

Hari ini saya nak join satu contest yg memang dah lama saya nak join, tapi tak sempat. Contest ini dianjurkan oleh FiQ'ra Pancake >_< !! Alhamdulillah hari ni, abang CT yg juga selaku pemilik komputer ini bermurah hati memberi kebenaran untukku bermain komputer lebih masa. So, let's start :)


Syarat-syaratnya :


Blogger yang saya tag :


gambar nih saya ambil dari MrGoogle dan Mr Google dapat gambar dari web ini

Ciri-ciri seorang muslimah bagi saya ialah :-

  • Mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi larangannya.
  • Menutup aurat.(Aurat wanita seluruh anggota badannya kecuali muka dan telapak tangan)Tidak memakai pakaian yang jarang atau ketat.
  • Mengamalkan isi kandungan Al-Quran dan Hadis.
  • Menjaga tutur katanya.Tidak mengumpat keaiban orang lainTidak mengujar kata-kata yang tidak elok.
  • Sentiasa mahu menuntut Ilmu untuk membangunkan ummah, masyarakat dan negara.
  • Sentiasa Menjaga Akhlak dirinya serta Maruahnya.Tidak melakukan perkara maksiat dan terkutuk .

kalau ada salah dan silap, tolonglah betulkan ya :)

Saturday, October 1, 2011

Manusia,Malaikat dan syaitan ....

Assalamualaikum Everyone! | Waalaikumusalam|
#Copy paste dari someone di fb :)
Manusia,Malaikat dan syaitan ....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
... ...
Manusia - Nak makan, laparlah ??
... Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je.