Sunday, December 25, 2011

Program Faham Quran Siri II

Assalamualaikum
Apa khabar semua?Semoga sihat sejahtera.Alhamdulillah saya telah berjaya menamatkan Program Faham Quran Siri II di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya.Sebenarnya hari jumaat hari last.Tapi baru hari ini aku sempat karang post baharu.

Program Faham Quran ini menggunakan Kaedah Faham Al-Quran Muqaddam Amanina.Pengasasnya ialah Ustaz Asrulnizam Abbas.Memang terbaik!Aku belajar menghafal Surah Al Falaq,Al-Ikhlas dan Al-Masad beserta terjemahannya.Bukan terjemahan straight satu ayat sahaja,tetapi makna setiap perkataan.Contoh:- ما =Apa.

Selain itu,aku juga belajar struktur ayat dan keistimewaan surah yang aku belajar tadi.Contohnya Surah Al-Falaq diturunkan di Madinah. Keistimewaannya adalah diturunkan bersama Surah An Nas.

Disamping itu,aku pun belajar tentang kisah-kisah disebalik surah tersebut serta pengajarannya.Overall, program ini berjaya menarik minat aku  untuk mendalami Al-Quran.Jujur aku katakan sebelum ini aku tak berapa nak ada minat belajar KKQ.Alhamdulillah.Sekarang ini,aku dah ada minat.

One more thing,yang membuat program yang ni lebih menarik,ialah aktiviti berkumpulan.Peserta-peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Pagi kitorang belajar menghafal.Tasmi'dengan fasilitator.Lepas solat Zohor, kitorang ada aktiviti yang menarik.Memang best ^_^
 
Program ni buat sistem markah.Macam mana tu?Macam kem lah.Setiap aktiviti yang kami buat ade markah.Setiap kesalahan yang kami buat ada penalti.Daripada aktiviti macam ini kami belajar perkara-perkara lain seperti kerjasama,strategi dan kejujuran.Di akhir program penilaian markah dibuat.5 Kumpulan terbaik dapat hadiah.Alhamdulillah!Kumpulan aku berjaya dapat tempat ke-4.Heheehe ^_^.
#Nama Group aku^_^
Abang aku pulak dinobatkan peserta lelaki terbaik.Tahniah lah Wan !

Banyak input yang aku dapat daripada program ini.Bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan kesempatan buat diriku untuk join program ini.Sebelum itu,Jom Like and skodeng page >NI<.

Aku sarankan korang join program ini.Memang bagus.Tak rugi pun.Korang boleh check it out kat page tu,bila lagi program tu.Tak silap saya InsyaAllah,cuti pertengahan tahun ada lagi.

Lagi satu,sapa-sapa yang duduk kt Putrajaya atau yg dekat-dekat dengan Putrajaya ke,bolehlah tengok laman sesawang Masjid Tuanku Mizan. InsyaAllah,cuti-cuti sekolah banyak aktiviti yang menarik diadakan.Masjid Putra pun ada :)

Okaylah,sekian sahaja daripada amirah yusoff.Semoga anda berjaya membaca post ini hingga ke akhirnya ^_^
P/S:Ingat boleh jumpa Miss Xyz.Tak sangka,si Dayana pun datang program tu.My Old Friend tu :3
#SumberGambar:Mr Google

Thursday, December 1, 2011

New YEAR New MONTH New SPIRIT!

Assalamualaikum dear readers :D
  (5 Muharam 1433 Hijrah)

Makan tidur makan tidur sepanjang cuti sekolah ini,celik-celik  hari ini 1 Disember 2011 bersamaan 5 Muharam tahun 1433 Hijrah.Baru je masuk tahun baru.Calon SPM yang ambil aliran sains dah Merdeka dah >_____<

Tapi masih belum terlambat untuk aku ucapkan kepada anda semua yang membaca blog ni..

Salam Maal Hijrah 
Tahun 1433 Hijrah

Jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas 
"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."
[Saidina Ali R.A]

Sempena New Year ,New Month aku nak New Spirit gak.Kita mesti renew azam kita yang lama ;)


Azam edisi Tahun 2012/1433 HIJRAH
http://3.bp.blogspot.com/-wVQrxy3zhOA/TpUVZmcUF2I/AAAAAAAABAk/442LQGL5BGo/s1600/31.gif Solat awal waktu

Aku ni mudah je lalai.Entah ape lah aku buat.Aku harap pasni aku bisa solat sewal yang mungkin :D
 
http://3.bp.blogspot.com/-wVQrxy3zhOA/TpUVZmcUF2I/AAAAAAAABAk/442LQGL5BGo/s1600/31.gif Kuat semangat


http://3.bp.blogspot.com/-wVQrxy3zhOA/TpUVZmcUF2I/AAAAAAAABAk/442LQGL5BGo/s1600/31.gif Isi masa lapang dengan perkara berfaedah
 
Kurangkan melayan TV.Memang susah tapi apakan daya tahun depan gua exam bhai.Sayu je hati*menangis sambil lap hingus.Lagipun tahun depan memang berlambak seyh kelas tambahan padat tuhh.Bilanya nak menyempat tonton tv nih =____= "


 http://3.bp.blogspot.com/-wVQrxy3zhOA/TpUVZmcUF2I/AAAAAAAABAk/442LQGL5BGo/s1600/31.gif Jaga mulut
Daripada bercakap banyak buat orang sakit hati baik aku diam.NO LAUGHING OUT LOUD.Setakat tulis LOL takpe.Ni kalau betul LOL,Hilang Ilmu.Cikgu aku kata gelak jangan lebih 3 Harkat.Tak elok kalau lebih.Ha camne tu? Mungkin HA HA HA.cukup lah tuh :)


http://3.bp.blogspot.com/-wVQrxy3zhOA/TpUVZmcUF2I/AAAAAAAABAk/442LQGL5BGo/s1600/31.gifSay No to M= Malas dan Bertangguh-tangguh


Oleh sebab malas aku terlepas banyak peluang.Contohnya aku malas charge handset sampai battery jadi ZERO.Tup-tup kawan aku hantar mesej yang very important.Sampai sekarang menyesal tak sudah -____-

Bagaimanapun kita kena tanam sikap ISTIQAMAH agar  azam kita berjaya.Macam mana kau nak dapat 9 A's kalau kat rumah sekali sebulan je study.Tu pun satu bab satu matapelajaran.I'ts not gonna work babe :) Lainlah kalau kau kat sekolah cikgu ajar terus 100 % faham.Usaha kita kena berterusan :) Gambatte!Chaiyokk!