Tuesday, November 22, 2011

Emas ke 59 Malaysia milik Skuad Harimau Muda

Assalamualaikum dear readers :D

Alhamdulillah!Malaysia mengakhiri saingan Sukan Sea ke 26, Jakarta-Palembang dengan pungutan pingat sebanyak

59 Emas 50 Perak 81 Gangsa
30 di Palembang, 29 di Jakarta

Target pungutan pingat emas telah tercapai.Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang mewakili negara kita dalam Temasya Sukan Sea yang ke-26 ini.
Pasti tidak dilupakan, skuad Harimau Muda (bawah 23 tahun) bimbingan Jurulatih Ong Kim Swee yang telah menggengam Emas bagi acara bola sepak menewaskan pasukan Indonesia.Pada mulanya kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebelum Indonesia tewas dalam sepakan penalti (4-3)yang menyaksikan sepakan terakhir oleh Baddrol Bakhtiar melepasi penjaga gol lawan,Kurnia Meiga.

Wuhoo Tahniah sekali lagi buat skuad Harimau Muda kerana telah memenangi " ibu segala pingat emas". Semoga skuad Harimau Muda akan meneruskan prestasi yang cemerlang ini di peringkat Asia Tenggara mahupun Dunia.

-PENALTI-
Malaysia 4 Indonesia 3

 
*masa yang aku tak sempat tengok sebab da terlena ~
Konfem tidur lena korang semua yang tengok semalam~Tak sesia yang tengok sampai habis tu ya :D

Sesuatu yang amat membanggakan juga bagi CT sebab salah seorang atlet Ski Air negara kita yang baru berusia 8 tahun berjaya memenangi Emas dalam acara Tricks Women.Tidak silap saya namanya ialah, Aaliyah Yoong Hanifah.Aaliyah berjaya menewaskan atlet negara lain yang lebih berusia darinya.
 #sumber: olympic.org.my
Antara acara yang banyak menyumbangkan emas bagi negara kita ialah Terjun. 7 emas berjaya dilakar oleh atlet terjun negara kita.
Bryan Nickson Lomas
#sumber: bharian.com.my
Sekali lagi tahniah dan syabas buat atlet negara kita~
Majulah Sukan untuk Negara
Lagu Gemuruh Suara
 

sekian dari 
peminat sukan tanah air XD

#gambar hasil carian Mr Google

6 comments:

  1. aku tgk dh mcm penyampai berita je.. gud info~

    ReplyDelete
  2. komen aku :

    # keeper indonesia tu takut bola ke hape ? bole pegi sini , die pegi sane . bole pegi sane , die pegi sini -,-

    # berdebar debar gile aku tengok video tu . nak amek exam pun tak macam tu x)

    # khairul fahmie tak dapat tangkap bola sebab TEKANAN kat stadium kan ?

    # penyokong Indonesia terus blah dari STADIUM SENDIRI lepas Malaysia MENANG . haha xD

    # nanti kite tunggu sukan SEA kat Malaysia , kita boo habis sama indonesia :D

    # PALING PENTING ! KHAIRUL FAHMIE berkarisma gila ! awww ! <3 :)

    # Nazmi Faiz , 17 . comel siaaa , macam Kaka , hehehe :3

    tu jea . ape ape pun , HARIMAU MALAYA terbaikkk !

    ReplyDelete
  3. @sab
    #tu aku tak tau..tak usha pulak~
    #berdebar lagi time tengok sebelum sepakan penalti tu.. bola banyak kali masuk gawang tapi offside.selamat~
    #tu pon aku tak tahu~tekanan normal lah tuh
    #tu arr orang kecewa katakan~
    #kita sokong je malaysia all time, konfem tak sempat nak boo~
    #agak seyh..khairul fahmi tangkapan dia kemas..bile dapat bola jer terus dia peluk*taknak bagi jatuh

    #Nazmi Faiz Mansor Awhhhhh COMEL banget!!!! aku dan kakak aku terkejut bila tengok dia masuk padang.Sebab dia comelllll <3


    @Miss Xyz:
    ade rupa penyampai berita ke? I prefer pengulas sukan ~ Hahhaa XD

    ReplyDelete
  4. wahh, dahsyat budak umur 8 tahun...tabik springg...hehe

    ReplyDelete
  5. kan best kalau khairul fahmi peluk kemas aku macam tu ! aww , hahahahahaha :3 #gedikgedikgedik

    ReplyDelete
  6. @farz zull :
    budak 8 tahun pun dah pandai main ski air,emaS lak tuhh~ saya umor 14 ni berenang pon tak pandai lagi
    memg patut kita tabik spring sama dia:D

    @sab
    tunggu sampai kau kawin dgn dia kay :D
    *tu pon kalau kahwin~

    ReplyDelete

Jom komen post sy :)