Friday, November 25, 2011

Jerawat a.k.a Acne

Assalamualaikum and Halooo dear readers :')


J-E-R-A-W-A-T adalah perkara yang dibenci oleh remaja termasuk aku.Kalau jerawat biasa yang kecil tak sakit sangat tu tak kisah sangat ni sekali Jerawat Batu hinggap kat muko den ni.

Nasib baiklah ayah aku perasan.Ayah aku kata, jangan picit.Nanti kalau jerawat itu pecah akan keluar nanah pastu boleh merebak kat kawasan lain.Selain itu kulit kau akan dapat parut .


Apakah itu jerawat?

Jerawat adalah keadaan abnormal pada kulit akibat gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak(sebaceous gland) hingga menyebabkan saluran folikel rambut atau liang roma tersumbat

Bagaimanakah terjadinya jerawat?

Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada rawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila rawatan diabaikan.


Punca Jerawat
 Peningkatan penghasilan hormon lelaki (androgen). Aras hormon ini meningkat pada kedua-dua lelaki   dan perempuan semasa baligh.
Keturunan
Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di  kulit.
Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Ubat-ubat tertentu, contohnya kortikosteroid
Makanan -Ada makanan tertentu boleh mendatangkan jerawat kepada sesetengah orang


Apa yang perlu kita buat?

Basuh muka  dengan sabun /pencuci muka 2 kali sehari  pada awal pagi dan sebelum tidur
Jangan memicit, menyubit atau mencakar jerawat pada kulit
Basuh rambut lebih kerap.
Gunakan krim anti jerawat yang menghalang liang dari tersumbat.
Jika anda menggunakan kosmetik, gunakan yang berasaskan air dan bukannya yang berasaskan minyak.
Jika jerawat terdapat pada bahagian belakang badan atau dada, gunakan pakaian yang ringan dan tidak ketat.
Bersenam selalu.
Elakkkan stres sebaik yang mungkin.
Amalkan pemakanan yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah- buahan.
Elakkan penggunaan minyak rambut.
Basuh tangan dengan kerap dan elak menyentuh muka tanpa sebab.
Runding dengan seorang doktor jika jerawat tidak menghilang. Jika anda diprekskripsi dengan sebarang ubat, ikut arahan doktor atau pegawai farmasi anda dengan ketat.

Aku rajin post cenggini sebab aku baru je kena jerawat.Bagus tak?
#sumber: Norazizah,Info kesihatan, Green tea Colostrum
#gambal hasil carian Google

11 comments:

  1. ohhh , jadi . berangan bukan sebab jerawat kann ? hehe :3

    ReplyDelete
  2. Huhu, tak suka dgn jerawat. Btw, nice information :)

    ReplyDelete
  3. @sab :
    tu tak tahu mungkin mitos

    @lily :
    saya pun tak suka menyampah kowt

    ReplyDelete
  4. saya kurang masalah jerawat tapi blackhead, whitehead, bluehead, ya ampunn, berduyun-duyun rasanya...ngehehee

    ReplyDelete
  5. @farz zull :
    sabarlah ye kak :)
    erm blackhead,bluehead,whitehead tu apa kak?

    ReplyDelete
  6. ehem, ptutla.. alalu aku tgk muka kau licin. tu yg aku plik tetibe buat post psl jerawat kn.. hakhak

    ReplyDelete
  7. wah..nice syg..thanks for sharing..jerawat sis baru tumbuh..tak pernah2 tumbuh, tetibe muncul..sangat stress walaupun hanye 1 jerawat tumbuh..dahla dekat idung..yup ! ~~ jangan picit itu yang penting..sharing is caring dear..(^____^)..

    ReplyDelete
  8. @kak aien:
    yupp~caring is sharing :D

    ReplyDelete

Jom komen post sy :)