Friday, April 6, 2012

Kisah Budak Sekolah #Kadet Bomba!

Assalamualaikum dear readers~

 muka-muka riang :P

YO! Wassup~Ha ini mesti anda semua tertanya-tanya apakah kisah budak sekolah hari ini?Tak nak tahu pon Takpa.Taknak baca?Takpa.Nak blaa dari site ni boleh?Eh-eh boleh sangat-sangat ! SilakanSilakan. Nampak tak tanda X warna merah kat atas browser tu? Kalau nampak nak picit cepat-cepat!Alang-alang komputer/laptop awak tu off la sekali jimat elektrik :p

Eh eh emo pulak aku hari ini.Saje je nak testjadi emo hakhakhak..Bukan apa-apa pon :P

Kisah Budak Sekolah # Kadet Bomba dan Penyelamat

Tahun ini aku telah mendaftarkan diri aku sebagai ahli Kadet Bomba dan Penyelamat sekolah tempat aku belajar.Apsaal pulak tiba-tiba aku nak jadi ahli kadet bomba nih?

Bukan aku ke budak yang malas kawad,lembik,yang sangat kisah fasal kulit dia kalau gelap dan bukankah aku budak yang paling tidak aktif?

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada PK Ko-kurikulum yang tidak jemu menggalakkan para pelajarnya sentiasa aktif dan mepunyai markah KO-KO yang tinggi agar layak ke universiti.Wuishh!Tu la penyebab aku nak jadi ahli aktif dalam KO-KO ni.

Tetapi hajat aku untuk menjadi ahli aktif masih tak kesampaian.Mungkin sebab muka aku ni jenis blur-blur ignorant somewhat aku tak berapa nak diendahkan.Eh ye ke camtu? Mungkin aku yang tak pandai cari ruang untuk berjaya.Jadi aku pun mula mencari ruang untuk mengumpul sijil dan markah ko-ko.

Yes!Kawad peringkat negeri titik permulaan di mana aku mula rasa nak berkawad dengan seriusAtas galakan cikgu Wani (cikgu kadet bomba) guru yang mengurus pasukan kami dalam pertandingan kawad peringkat negeri tahun lepas,SEMUA BUDAK PEREMPUAN KELAS AKU join kadet bomba tahun ini.

Sebagai permulaan dalam penglibatan kami dalam Kadet Bomba ini, cikgu Wani ajak kami masuk Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah.Oh YEAH! Kami antara pasukan yang berlatih awal demi memastikan kemenangan di tangan. 
"Ye lah tahun lepas Kadet Bomba (Perempuan) dapat nombor 3 peringkat negeri, takkanlah peringkat sekolah pun nak nombor 3 juga."
 Tersentap juga aku dengar cikgu cakap camtu.

Maka bermulalah latihan kami selama 7 hari.Ekekeke ok lah tuh! Ingat senang ke nak curi masa untuk berlatih.Kami berlatih lebih kepada happy-happy lah.Takde lah tegang sangat.Cikgu Wani pun sporting dan caring gitu >_<.

Dan Kami kena pakai but ladam!Walaupun But ladam memang berat dan licin,budak-budak nih masih nak pakai.Sebab apa? WE LOVE CABARAN!.Satu benda yang aku suka fasal kasut ladam nih.Bila kita hentak kaki pakai kasut ladam ni,bunyi dia memang perghh Dahsyat dowh! Kalau nak lepas geram memang sodap jang ! 
  
ni haa but ladam, tapak dia ada besi.
Hari pertandingan,perasaan nervous memang tidak akan lenyap dengan begitu mudah.Alhamdulillah perasaan itu hilang.Ada la jugak step yang aku buat tak menjadi.Pandai la juga aku cover.Lepas dah habis kawad tu memang LEGA sangat.


Waktu penyampaian hadiah, kawan aku dok sokseksokseh kata yang kami dapat tempat kedua.Aku macam..Mmm redha je lahh.Mungkin bukan rezeki kita kut..
Mula-mula Anugerah Platun Harapan dimenangi oleh si TUTTUTUT*platun KRS*
Selepas tu Anugerah Platun HARAPAN lagi disandang oleh si TUTTUTT*platun kadet polis*

 Aku dah cuak kowt asal platun kami tak dapat anugerah platun tuh..
Tiba-tiba..
Anugerah Platun Terbaik dimenangi oleh Syafiqah!  
Platun pasukan kami.Ek eleh punya cuak ingat syafiqah tak dapat platun the best rupanya yg tadi tu platun harapan =.=


Pengumuman pasukan yang menang :-
Kini tempat ketiga pertandingan kawad kaki disandang.... KADET POLIS!!!
Lepas tu aku ingat MC nak umumkan JOHAN pertandingan aku pun pasrah..Dimenangi oleh.KRS!!! Muka aku pun cam watlek wat cool sebab tak menang.Aku pun pelik asal geng aku bersorak keriangan bila KRS diumumkan sebagai Johan.
Kemudian MC sambung "JOHAN Bagi Pertandingan Kawad Kaki dimenangi oleh ......KADET BOMBA!!!!
Puihh aku salah dengar rupanya!Ciskek,NAIB JOHAN laa yang tadi =.= . Tak hairanlah geng aku excited semacam.Kami punnaik pentas untuk menerima trofi.Alhamdulillah :D

-the moral of the story : Usaha Tangga Kejayaan XP-

#credits : Syaza Izzati(photo1)

4 comments:

  1. wow, aku suka happy ending, hakhak XD

    ReplyDelete
  2. dulu pun geng kawad jugak masa sekolah...

    ReplyDelete
  3. perghh...kadet bomba tuh..pewwitt..:)

    ReplyDelete
  4. kawad buad kita disiplin .163 as ur followers.Jemput follow/komen http://aisyahaqila.blogspot.com/ atau http://cartahati143.blogspot.com/

    ReplyDelete

Jom komen post sy :)