Sunday, March 18, 2012

Birthday Celebration!

Assalamualaikum wahai pembaca sekalian!

Wootwoot apa khabar?Semoga anda sihat-sihat belaka.Cuti seminggu ni terasa sekejap.Mungkin aku banyak buang masa.=.=

Sabtu till Rabu pergi Kedah.MasyaAllah what a nice view!Aku nampak langit,awan dan sawah padi.Begitu menenangkan.Banyak perkara menarik yang telah aku amati.Bagaimanapun gambar yang aku tangkap tu is not available.Haha masih tersimpan kemas di dalam telefon bimbit.
gambaq ni cantik*sumber*

cakap sorang diri :Ada masa singgah la situ,alang-alang pi Langkawi sekali XD 
Main topic sebenarnya ialah Sambutan Hari Lahir untuk pelajar kelas aku dan pengawas.Wahwahwah pengawas pun buat juga?Hikhik tahun ni makan je lah kojo nye.

Kelas aku akan buat jamuan setiap 3 Bulan sekali.Kami sendiri la kena bawa makanan.Sapa tak bawa makanan ang tak boleh makan!Jamuan pertama,semua orang bawa makanan.Jadi semua orang pun kenyang.Makanan pun banyak lagi.Maka kami pun tapau bawa balik makanan tersebut.Beg aku pun sampai nak terkoyak so heavy!Sebab aku dok sumbat semua masuk dalam ni :3
 Cheese Cake >_<

Lazat T_T

Jamuan untuk pengawas pula lagi best dan sangat mengenyangkan.2 bulan sekali.Well, sebenarnya aku tak kisah pun kalau cikgu nak buat seperti tahun lepas yang diberi nama, 1 PENGAWAS 1 HADIAH.Dapat coklat pun dah bersyukur weh.Tapi yang sedihnya, kami yang dilahirkan bulan SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER selalu dipinggirkan.Aku begitu upset dgn program tersebut.Jadi tahun ini, semoga kami tidak dilupakan lagi.Peace >_<

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana mengurniakan rezeki kepada kita :) Mudah-mudahan perkara-perkara mazmumah seperti boros, membazir dan sebagainya tidak terjadi :D

p/s :Oh ya, 21 MAC result SPM akan dikeluarkan! Good Luck to SPM CANDIDATES 2011!Moga-moga keputusan yang anda lakar akan menggembirakan ibu dan ayah serta diri sendiri :D

2 comments:

  1. cheese cake unik. first time tgk cake camtu. hekhek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik :-) cheese kat atas tu memang buat kitorang terliur ~

      Delete

Jom komen post sy :)