Tuesday, February 21, 2012

Perubahan yang membawa kepada Kejayaan.InsyaAllah ;)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Semoga anda semua sihat dan sentiasa dirahmati Allah S.W.T.


Hari ini hari Ahad sepatutnya aku berehat.Lepak memanjang dari pagi sampai petang.Dok tercongok depan TV menonton Dragon Ball Z KAI.Tertunggu-tunggu hero pujaan Masked Rider Kiva.Sambil tengok TV, menjadi kebiasaanku mencekik keropok kerepek untuk menternak lemak dalam badan.

Watashi hero pujaan ramai.Lu apa da? :P

Tetapi hari ini,rutin aku agak berbeza.Pagi ni sahaja awal aku bangun.Manakan tidak,saudara mara tumpang tidur di rumah.Nak kena marah ke baru nak bangun?Aku tidak mahu dicap sebagai anak dara pemalas walaupun hakikatnya,aku memang malas :P Sambil bersarapan,semestinya aku tak melepaskan peluang menonton Merlin season 4 yang ditayangkan di channel DIVA kalau tak silap aku.


Pukul 10.00 aku gagahkan diri pergi ke sekolah tersayang untuk belajar BAHASA ARAB.Okeyh nampak tak kerajinan di situ.Tak sangka hari ini semua budak kelas aku datang.Bagus lah tuh.Ustaz yang mengajar tu pun bagus juga.Ai maklumlah penulis buku teks BA kowt.Tapi bagi aku, ustazah Suryani akan sentiasa jadi da best teacher ;)

Hari Sabtu pula, aku ada Saturday Ray aka Sinar Sabtu.Hoyeahh kelas tambahan tu.Nak kata penat err takdalah sangat.Kira bolehlah.Kesimpulannya aku belajar 7 hari.Dah tak payah nak cari tusyen malam.Kalau pergi jua,cikgu baru nak mengajar aku dah mimpi ke alam mana entah.Sesungguhnya perbuatan tidur dalam kelas tuisyen malam sangat membazir waktu dan RM.Yes, Ringgit Malaysia :p

Demi keputusan yang cemerlang,tahun ini aku kena laaaaaaagiiiiiiii rajin.Nak kena ubah perangai malas ni.AMIRAH!!!.Fighting FIGHTING!!!Aku kena banyak berkorban demi kejayaan yang sudah lama aku impikan.KAKAK aku boleh,ABANG aku boleh, Why me not? So, aku pun kena boleh!InsyaAllah :)

Kadang-kadang aku rasa bersyukur juga berada dalam kelas KAA ini.Urm well,bukan nak berbangga.Budak aliran biasa (PMR)ade kelas tambahan petang sampai 5.00 PM.Kami ada kelas petang tapi sampai 4.30 PM.Kira macam cepat sikitlah.

Sempat aku nak melayan cerita Little Star walaupun hanya beberapa cebis scene sahaja.

Bila difikirkan balik,err KAA lagi tough.9 Subjek woah Lu jangan main-main.Kalau malas jadi nothing.Hero to Zero.Bak pepatah arab," MAN JADDA WAJADA WA MAN ZARA'A HASODA" Sesiapa yang berusaha dia akan mendapat hasil.#maksud pepatah itu lebih kurang macam tu.

merenang gelora kehidupan remaja =)

 
GAMBATTE,GAMBATTE,  
INSYAALLAH BOLEH!!!!

P/S: Post ini aku buat hari ahad,namun tiada kesempatan untuk menyiapkannya maka ia ditunda hingga ke hari ini.Anggaplah anda membaca post ini pada hari AHAD.TQVM :#

1 comment:

  1. rupanya amirah amik arab ye. sy pun sama ambik jugak masa pmr dulu :D

    ReplyDelete

Jom komen post sy :)