Sunday, February 12, 2012

Berselawatlah kepada Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada umat islam sekalian.

Hari aku nak kongsikan sesuatu yang aku peroleh daripada Majalah Gen-Q:Generasi al-Quran.Mesti ramai yang pernah baca kan?InsyaAllah banyak input yang terdapat dalam majalah ini.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang,maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat"
(Riwayat Al-Tabarani daripada Abu Darda' r.a.)
Tempat dan waktu yang dianjurkan berselawat kepada baginda :
Sesudah laungan azam.
Ketika hendak masuk dan keluar daripada masjid..
Dalam Solat Jenazah.
Dalam takbir-takbir raya.
Sewaktu membaca tahiyat(tasyahud) akhir dalam solat.
Pada awal dan akhir bacaan solat.
Pada malam  dan siang hari Jumaat.
Dalam Khutbah dan semasa bacaan qunut.
Ketika orang menyebut nama Rasulullah SAW.
Tiap pagi,petang ketika mengadakan majlis ceramah,ketika susah,sakit dan lain-lain.

Berselawatlah kepada Nabi Muhammad S.A.W bila-bila masa dan di mana-mana sahaja =)

selawat syifa :)
p/s : Jadual kelas budak PMR ni memang padat.6 Hari aku pergi sekolah.Kawan-kawan aku yang lain (kelas KAA) 7 hari!Sebab mereka pergi Tusyen Bahasa Arab pada hari Ahad.Ya Allah,tabahkanlah hati kami :')

2 comments:

  1. salam maulidur rasul. n good luck for pmr jugak. jgn risau la nnti lepas trial buat je banyak2 soalan2 trial negeri2 lain tu insyaallah boleh.

    ReplyDelete
  2. banyak kebaikan berselawat ni...

    ReplyDelete

Jom komen post sy :)