Sunday, December 25, 2011

Program Faham Quran Siri II

Assalamualaikum
Apa khabar semua?Semoga sihat sejahtera.Alhamdulillah saya telah berjaya menamatkan Program Faham Quran Siri II di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya.Sebenarnya hari jumaat hari last.Tapi baru hari ini aku sempat karang post baharu.

Program Faham Quran ini menggunakan Kaedah Faham Al-Quran Muqaddam Amanina.Pengasasnya ialah Ustaz Asrulnizam Abbas.Memang terbaik!Aku belajar menghafal Surah Al Falaq,Al-Ikhlas dan Al-Masad beserta terjemahannya.Bukan terjemahan straight satu ayat sahaja,tetapi makna setiap perkataan.Contoh:- ما =Apa.

Selain itu,aku juga belajar struktur ayat dan keistimewaan surah yang aku belajar tadi.Contohnya Surah Al-Falaq diturunkan di Madinah. Keistimewaannya adalah diturunkan bersama Surah An Nas.

Disamping itu,aku pun belajar tentang kisah-kisah disebalik surah tersebut serta pengajarannya.Overall, program ini berjaya menarik minat aku  untuk mendalami Al-Quran.Jujur aku katakan sebelum ini aku tak berapa nak ada minat belajar KKQ.Alhamdulillah.Sekarang ini,aku dah ada minat.

One more thing,yang membuat program yang ni lebih menarik,ialah aktiviti berkumpulan.Peserta-peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Pagi kitorang belajar menghafal.Tasmi'dengan fasilitator.Lepas solat Zohor, kitorang ada aktiviti yang menarik.Memang best ^_^
 
Program ni buat sistem markah.Macam mana tu?Macam kem lah.Setiap aktiviti yang kami buat ade markah.Setiap kesalahan yang kami buat ada penalti.Daripada aktiviti macam ini kami belajar perkara-perkara lain seperti kerjasama,strategi dan kejujuran.Di akhir program penilaian markah dibuat.5 Kumpulan terbaik dapat hadiah.Alhamdulillah!Kumpulan aku berjaya dapat tempat ke-4.Heheehe ^_^.
#Nama Group aku^_^
Abang aku pulak dinobatkan peserta lelaki terbaik.Tahniah lah Wan !

Banyak input yang aku dapat daripada program ini.Bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan kesempatan buat diriku untuk join program ini.Sebelum itu,Jom Like and skodeng page >NI<.

Aku sarankan korang join program ini.Memang bagus.Tak rugi pun.Korang boleh check it out kat page tu,bila lagi program tu.Tak silap saya InsyaAllah,cuti pertengahan tahun ada lagi.

Lagi satu,sapa-sapa yang duduk kt Putrajaya atau yg dekat-dekat dengan Putrajaya ke,bolehlah tengok laman sesawang Masjid Tuanku Mizan. InsyaAllah,cuti-cuti sekolah banyak aktiviti yang menarik diadakan.Masjid Putra pun ada :)

Okaylah,sekian sahaja daripada amirah yusoff.Semoga anda berjaya membaca post ini hingga ke akhirnya ^_^
P/S:Ingat boleh jumpa Miss Xyz.Tak sangka,si Dayana pun datang program tu.My Old Friend tu :3
#SumberGambar:Mr Google

8 comments:

  1. hakhak, bunyi cam best jer.. mmg best pun kan? rugi jgk sbb mak aku cancelkn.. hehe.

    oi, ada apa nk jumpa aku ni? dhla bdn aku mkin comel (gemuk skit) ni.. hakhak XD

    ReplyDelete
  2. @Miss xyz :
    memang best pun ^_^

    saje je nak jumpa kau.Nak tanya camne nak buat krgn BM :P

    ReplyDelete
  3. Erk...dh lme x join program2 pgisian rohani cmni...sjak tamat matrik dua 3 thn lepas...kt tmpt sy skg susah nk cri progrm2 cmni.

    ReplyDelete
  4. aiyoo, kau x siap lgi krgn BM tu ker? ish3.. kan aku dh kata, senang..

    ReplyDelete
  5. @Ezad Amir :
    Bersyukur gak duduk kt Putrajaya.Kalau umur cam awak boleh jadi Fasilitator.Anyway,Check it out la kt laman web masjidtuankumizan.gov.my atau jakim.Kut-kut ada program camni ;)

    ReplyDelete

Jom komen post sy :)