Monday, October 31, 2011

Jangan Mengata Orang , Nanti balik kat kita

Assalamualaikum kalian semua :) Sihat tak?Kalau tak sihat cepat pergi klinik!Nanti melarat pula :(

Aimaklumlah nak masuk musim tengkujuh ni kan, penyakit demam memang popular. Apa yang pentingnya,kalau mak suruh makan sayur, makan!Kalau mak suruh minum air masak,minum!Kalau mak suruh makan vitamin C,makan!Kalau mak suruh makan madu, Makan!Kalau mak suruh bawak payung pergi sekolah ,bawak!*Menasihati diri sendiri di samping menasihati orang lain :3

color splash Pictures, Images and Photos

Back to the topic -->>jangan mengata orang,nanti balik kat kita

Selalu dengar kan?Itulah mak CT selalu cakap kat kami adik-beradik,kalau ada antara kami yang mengejek sesama sendiri.

Contohnya,ada si dia ni, telinganya capang.Maka, adalah manusia seorang nih ejek-ejek pasal telinga si dia tu.Padahal takda masalah pon ngan telinga dia.Telinga dia kacau kau ke?Ke kau jakun sangat tengok orang ade telinga camtu, kau takde?Sebenarnya, tak elok tau ejek-ejek tentang kejadian diri seseorang.Ia sama dengan menghina ciptaan Allah!

One more, ada seorang hamba Allah ni , X dia mengalami masalah kulit.Ada seorang lelaki ini ,Y yang kononya rupanya putih, tiada jerawat, senang cite Handsome!Dia ejeklah X tadi.Lama kelamaan, muka si Y ni plak yang bermasalah.Yang si X ni makin baik.
Sesiapa yang mencaci orang lain,sebenarnya dia mencaci diri dia sendiri.
So, faham-faham je la maksudnya :)

Renungan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Huraian:
  • Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah. 
  • Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

p/s : renung-renungkan :)

2 comments:

Jom komen post sy :)