spiderman pon lupe haha :D
Hari ini saya nak kongsi beberapa tips bagi orang yg memang selalu lupa macam saya .Tips ni saya ambil daripada majalah GenQ-Generasi Al-Quran Kreatif.Bagus majalah nih.You all patut beli majalah tu.Sangat berguna.Better lagi daripada majalah hiburan yg ntah hape2.
FAKTA
As a normal human being, mustahil kita tidak akan lupa.Mengikut kajian pakar psikologi,manusia normal hanya boleh ingat 48 jam sahaja.
a)Lupa dalam pembelajaran
-Apabila belajar jangan lupa lakukan perkara nih :-
- Baca buku dengan PENUH TUMPUAN. Berhenti membaca apabila sampai 3 atau 5 muka surat.
- Ulang semula ke muka surat pertama tadi, garis/highlight isi-isi penting.Perkataan yang digaris/highlight itu mestilah sependek mungkin.
- Apabila sudah gariskan isi-isi penting hingga muka surat terakhir yg dibaca tadi, ulang semula ke muka surat pertama dan buat NOTA RINGKAS.
- Nota ringkas itu pula, mesti dibawa ke mana-mana. Jangan campur adukkansemua subjek dalam sebuah buku nota.Nanti serabut pula.Saiz buku nota mestilah bersaiz kecil.*Boleh sumbat masuk dalam poket.
-Masalah lupa dalam kehidupan seharian*masalah saya yang paling ketara.
- Korang mesti ada phone kan? Guna phone korang untuk set reminder untuk janji temu, senarai kerja yang perlu dibuat dan macam-macam lagi.
- Jangan amalkan sikap 'Esoklah' Maknanya, janganlah tangguhkan kerja kita.Dapat tugasan terus buat secepat mungkin.
- Khusus untuk kerja-kerja sekolah yang perlu disiapkan.Asingkan buku-buku teks atau buku latihan yang ada tugasan.Dalam beg, mesti ada tempat khas untuk asingkan buku-buku tersebut.Kat rumah pun kena ada.Buat ruang khas atas meja belajar.Barulah kita perasan ada lagi homework yang tidak siap.
Video untuk membasahkan gusi korang :) Tengok ea !
Sumber :Majalah GenQ slot Tanyalah Cikgu, teks :Cikgu Yaser Mohd Akhir