Tuesday, May 5, 2015

Ouh internet.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah atas nikmat dan kurnia Allah S.W.T., aku masih lagi bernafas di bumi ini.Masih lagi mampu melihat ciptaanNya yang serba indah.Tak lupa juga, aku masih lagi mampu untuk update blog ini. Alahai..Sudah lama aku tinggalkan blog ini tidak ber-update walaupun aku punya cuti yang panjang sejak habis SPM.Dan cuti itu bakal berakhir lebih kurang sebulan sahaja lagi.

Aku sebenarnya bukan tidak mahu update. Akan tetapi.....rumahku tiada Wifi T_T.Maklumlah, aku baru sahaja berpindah(lebih kurang 3 bulan yang lalu?) ke rumah baru yang berada di kawasan luar bandar. Jika mahu menggunakan perkhidmatan jalur lebar yang disediakan TM, tiang telekom hendaklah dipasang terlebih dahulu. Oleh sebab kawasan perumahanku baru sahaja diwujudkan, maka tiang-tiang itu tidak ada lagi. Untuk memohon  pihak tertentu memasang  tiang tersebut, suatu proposal hendaklah disiapkan. Proposal tersebut hendaklah mempunyai persetujuan sekurang-kurangnya 5 penduduk kawasan berkenaan.

Disebabkan tiada siapa yang mewujudkan kertas kerja tersebut maka,hasilnya,rumahku masih tiada wiFi. Semua orang busy jadi aku tak salahkan sesiapa atas sebab ini. Mungkin aku patut membuatnya..tapi aku rasa lebih baik hal ini diserahkan kepada mereka yang lebih dewasa.

Sekarang ini aku hanya mampu bergantung kepada internet yang dibekalkan syarikat telekomunikasi seperti celcom,umobile dan sebagainya. Namun, kos penggunaanya mendatangkan masalah terhadap kewanganku. Aku kan masih penganggur tegar yang bertindak sebagai bibik sambilan di rumah. Duit pun tidak banyak. Malu la kalau asyik minta mak ayah untuk kegunaan sendiri sahaja. Lagi satu, penggunaan internet yang disediakan mereka kebanyakannya adalah terhad. Aku lebih selesa menggunakan wiFi yang penggunaan data tiada had seperti yang ditawarkan TM.

Namun, bila difikirkan balik, ini semua nyatanya nafsu aku semata.Hmmmm

Ada internet pun belum tentu buka benda yang bermanfaat.
Ada internet pun belum tentu buka benda yang aku betul-betul nak cari.

Sebab akhirnya, aku akan merewang,bersisar-siar ke tempat lain.Buka youtube la, mangareader la, animeshow la hape la.Banyak sia-siakan masa sahaja.

Penggunaan internet betul-betul kena ada disiplin. Kalau tak nanti, kau dah terlalu taksub sampaikan sehari takde internet kau boleh stress.

Tapi aku tak de la stress.Cececece..Cuma bosan sahaja.
Cuma........ rasa menyesal sahaja sebab aku tidak manfaatkan internet masa wiFi unlimited usage ada.

Walaubagaimanapun, aku masih berharap rumahku ada wiFi tidak lama lagi. Sekurang-kurangnya sebelum aku sambung belajar nanti. Tak pun, masa aku balik cuti nanti.Hmmm.

Sekian sahaja bebelan tak berasas aku. Aku hanya nak share "masalah" ni. Heh masalah la sangat kahkahkah.

Btw, miss xyz buat giveaway. Join la uolls. Klik sini