Friday, April 27, 2012

Eksperimen yang KABOOOOMMM!

Assalamualaikum para pembaca sekalian?How are you? Semoga anda sihat walafiat :3

Sudah lama aku tidak update blog ini.Apa dia?Blog aku berhabuk?Aku rasa laptop korang kot yang berhabuk.Kasi lap sikit sama itu kain bersih :P

Aku tak update bukan apa.Busy lah sekarang ni.Kerja-kerja kursus kat keliling pinggang ni.Tu pun nasib baik cikgu lanjutkan tempoh penghantaran kerja kursus tu ~


Kerja kursus KHB kena hantar esok. Aku masih lagi terkenang akan litar elektronikku yang tidak mahu menyala lagi.SobsobSob sedih der T_T!Redha je lah.Ya Allah, berikanlah markah yang sebaik-baiknya untuk kerja kursus KHB ku dan rakan-rakanku agar bisa meraih kejayaan untuk PMR kelak.. Amiiin :)

I've to move on.Bersedih pun tiada berguna.

Recently...Oh yes Yesterday,kami buat eksperimen dalam makmal.Eksperimen dalam bab Land and It's Resources.Ye eksperimen yang tu..Haa korang teka lah sendiri.Siapa-siapa yang pernah jadi form 3 dan masih lagi form 3 mungkin tahu fasal eksperimen ni.


Nak tahu apa cerita semalam?

Retro Scientist Pictures, Images and Photos 

Eksperimen pertama,Alhamdulillah, group aku berjaya buat dengan bantuan cikgu...Sebelum group aku siap buat eksperimen , tiba-tiba aku dengar bunyi kecoh-kecoh.Rupa-rupanya, ada group budak lelaki punya test tube PECAH.ke MELETOP.Aku pun tak sure...tapi aku rasa meletup kut.

Faham-faham je lah..Eksperimen ini melibatkan bahan-bahan kimia.Pastu kena heat up test tube yang ada bahan-bahan tu.Kalau terlebih panas memang bahaya.

Ha! bukan group mereka sahaja yang test tubenya pecah.. ADA lagi satu group.Kali ini group budak perempuan.Dengar khabarnya, mereka pun overheated test tube tu...Lagi satu perkara berlaku. test tube jatuh..Kesian budak tuh. Dahlah eksperimen dia yg pertama pun test tube pecah.Aiseh man ~

**********************************************

Tapi kan yang kali ni punya eksperimen lagi dahsyat.Hakhakhak mula-mula cikgu campurkan serbuk iron dengan sulphur (tak silap aku laa).Kacau-kacau punya kacau....akhirya aku nampak serbuk tu jadi warna kuning-kekuningan..

Ntah macam mana pulak dah jadi camtu.. tiba-tiba ada bau yang kurang menyenangkan menusuk lobang hidungku.Macam bau LONGKANG tahu tak!Bau tersebut datang dari test tube tu..


Puih busuk dowh! Kemudian, cikgu pun tambah apa ntah bahan lagi..Dan Aida menawarkan dirinya untuk meneruskan eksperimen tersebut.Maksud aku ,dia nak pegang test tube tu..Test tube tersebut dipanaskan oleh bunsen burner.


Dalam waktu yang sama, di meja di mana eksperimen tersebut juga dilakukan. Aku berebut kerusi dengan si Natasha.Pada mulanya Tasha duduk situ...Selepas itu, dia pergi ke mana ntah..So, I sat on that chair.Then, she came back.She wanted to sit on that chair.I refused to give her.

explosive Pictures, Images and Photos

Tak semena-menanya masa kami bercakap , benda dalam test tube tu lebih kurang macam meletup ah.Keluar api.Menyambar..Hanya kurang beberapa sentimeter jarak laluan api tu dari muka aku.Haishhhhh macam mana ntah nak cerita tapi api tu memang ke arah kami berdua.Tapi api tu keluar takde ah sampai dekat kami.

Bila kami nampak je api tu.TERUS aku lari..Aku tak sure samada aku lompat ke belakang.Tapi,lebih kurang seperti itu.Alhamdulillah.Kami berdua selamat T_T .Memang CUAK arrr bila nampak api tu ke arah kami.Dah lah aku tak nak lagi duduk masa eksperimen dilakukan >_<

The moral of the story: BE CAREFUL WHEN YOU'RE HAVING AN EXPERIMENT.Listen to your teacher's order and advice.

-The End-

Lebih kurang seperti itu lah kejadian yang berlaku semalam.Adalah juga sedikit tokok tambah

Friday, April 6, 2012

Kisah Budak Sekolah #Kadet Bomba!

Assalamualaikum dear readers~

 muka-muka riang :P

YO! Wassup~Ha ini mesti anda semua tertanya-tanya apakah kisah budak sekolah hari ini?Tak nak tahu pon Takpa.Taknak baca?Takpa.Nak blaa dari site ni boleh?Eh-eh boleh sangat-sangat ! SilakanSilakan. Nampak tak tanda X warna merah kat atas browser tu? Kalau nampak nak picit cepat-cepat!Alang-alang komputer/laptop awak tu off la sekali jimat elektrik :p

Eh eh emo pulak aku hari ini.Saje je nak testjadi emo hakhakhak..Bukan apa-apa pon :P

Kisah Budak Sekolah # Kadet Bomba dan Penyelamat

Tahun ini aku telah mendaftarkan diri aku sebagai ahli Kadet Bomba dan Penyelamat sekolah tempat aku belajar.Apsaal pulak tiba-tiba aku nak jadi ahli kadet bomba nih?

Bukan aku ke budak yang malas kawad,lembik,yang sangat kisah fasal kulit dia kalau gelap dan bukankah aku budak yang paling tidak aktif?

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada PK Ko-kurikulum yang tidak jemu menggalakkan para pelajarnya sentiasa aktif dan mepunyai markah KO-KO yang tinggi agar layak ke universiti.Wuishh!Tu la penyebab aku nak jadi ahli aktif dalam KO-KO ni.

Tetapi hajat aku untuk menjadi ahli aktif masih tak kesampaian.Mungkin sebab muka aku ni jenis blur-blur ignorant somewhat aku tak berapa nak diendahkan.Eh ye ke camtu? Mungkin aku yang tak pandai cari ruang untuk berjaya.Jadi aku pun mula mencari ruang untuk mengumpul sijil dan markah ko-ko.

Yes!Kawad peringkat negeri titik permulaan di mana aku mula rasa nak berkawad dengan seriusAtas galakan cikgu Wani (cikgu kadet bomba) guru yang mengurus pasukan kami dalam pertandingan kawad peringkat negeri tahun lepas,SEMUA BUDAK PEREMPUAN KELAS AKU join kadet bomba tahun ini.

Sebagai permulaan dalam penglibatan kami dalam Kadet Bomba ini, cikgu Wani ajak kami masuk Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah.Oh YEAH! Kami antara pasukan yang berlatih awal demi memastikan kemenangan di tangan. 
"Ye lah tahun lepas Kadet Bomba (Perempuan) dapat nombor 3 peringkat negeri, takkanlah peringkat sekolah pun nak nombor 3 juga."
 Tersentap juga aku dengar cikgu cakap camtu.

Maka bermulalah latihan kami selama 7 hari.Ekekeke ok lah tuh! Ingat senang ke nak curi masa untuk berlatih.Kami berlatih lebih kepada happy-happy lah.Takde lah tegang sangat.Cikgu Wani pun sporting dan caring gitu >_<.

Dan Kami kena pakai but ladam!Walaupun But ladam memang berat dan licin,budak-budak nih masih nak pakai.Sebab apa? WE LOVE CABARAN!.Satu benda yang aku suka fasal kasut ladam nih.Bila kita hentak kaki pakai kasut ladam ni,bunyi dia memang perghh Dahsyat dowh! Kalau nak lepas geram memang sodap jang ! 
  
ni haa but ladam, tapak dia ada besi.
Hari pertandingan,perasaan nervous memang tidak akan lenyap dengan begitu mudah.Alhamdulillah perasaan itu hilang.Ada la jugak step yang aku buat tak menjadi.Pandai la juga aku cover.Lepas dah habis kawad tu memang LEGA sangat.


Waktu penyampaian hadiah, kawan aku dok sokseksokseh kata yang kami dapat tempat kedua.Aku macam..Mmm redha je lahh.Mungkin bukan rezeki kita kut..
Mula-mula Anugerah Platun Harapan dimenangi oleh si TUTTUTUT*platun KRS*
Selepas tu Anugerah Platun HARAPAN lagi disandang oleh si TUTTUTT*platun kadet polis*

 Aku dah cuak kowt asal platun kami tak dapat anugerah platun tuh..
Tiba-tiba..
Anugerah Platun Terbaik dimenangi oleh Syafiqah!  
Platun pasukan kami.Ek eleh punya cuak ingat syafiqah tak dapat platun the best rupanya yg tadi tu platun harapan =.=


Pengumuman pasukan yang menang :-
Kini tempat ketiga pertandingan kawad kaki disandang.... KADET POLIS!!!
Lepas tu aku ingat MC nak umumkan JOHAN pertandingan aku pun pasrah..Dimenangi oleh.KRS!!! Muka aku pun cam watlek wat cool sebab tak menang.Aku pun pelik asal geng aku bersorak keriangan bila KRS diumumkan sebagai Johan.
Kemudian MC sambung "JOHAN Bagi Pertandingan Kawad Kaki dimenangi oleh ......KADET BOMBA!!!!
Puihh aku salah dengar rupanya!Ciskek,NAIB JOHAN laa yang tadi =.= . Tak hairanlah geng aku excited semacam.Kami punnaik pentas untuk menerima trofi.Alhamdulillah :D

-the moral of the story : Usaha Tangga Kejayaan XP-

#credits : Syaza Izzati(photo1)