Tuesday, February 21, 2012

Perubahan yang membawa kepada Kejayaan.InsyaAllah ;)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Semoga anda semua sihat dan sentiasa dirahmati Allah S.W.T.


Hari ini hari Ahad sepatutnya aku berehat.Lepak memanjang dari pagi sampai petang.Dok tercongok depan TV menonton Dragon Ball Z KAI.Tertunggu-tunggu hero pujaan Masked Rider Kiva.Sambil tengok TV, menjadi kebiasaanku mencekik keropok kerepek untuk menternak lemak dalam badan.

Watashi hero pujaan ramai.Lu apa da? :P

Tetapi hari ini,rutin aku agak berbeza.Pagi ni sahaja awal aku bangun.Manakan tidak,saudara mara tumpang tidur di rumah.Nak kena marah ke baru nak bangun?Aku tidak mahu dicap sebagai anak dara pemalas walaupun hakikatnya,aku memang malas :P Sambil bersarapan,semestinya aku tak melepaskan peluang menonton Merlin season 4 yang ditayangkan di channel DIVA kalau tak silap aku.


Pukul 10.00 aku gagahkan diri pergi ke sekolah tersayang untuk belajar BAHASA ARAB.Okeyh nampak tak kerajinan di situ.Tak sangka hari ini semua budak kelas aku datang.Bagus lah tuh.Ustaz yang mengajar tu pun bagus juga.Ai maklumlah penulis buku teks BA kowt.Tapi bagi aku, ustazah Suryani akan sentiasa jadi da best teacher ;)

Hari Sabtu pula, aku ada Saturday Ray aka Sinar Sabtu.Hoyeahh kelas tambahan tu.Nak kata penat err takdalah sangat.Kira bolehlah.Kesimpulannya aku belajar 7 hari.Dah tak payah nak cari tusyen malam.Kalau pergi jua,cikgu baru nak mengajar aku dah mimpi ke alam mana entah.Sesungguhnya perbuatan tidur dalam kelas tuisyen malam sangat membazir waktu dan RM.Yes, Ringgit Malaysia :p

Demi keputusan yang cemerlang,tahun ini aku kena laaaaaaagiiiiiiii rajin.Nak kena ubah perangai malas ni.AMIRAH!!!.Fighting FIGHTING!!!Aku kena banyak berkorban demi kejayaan yang sudah lama aku impikan.KAKAK aku boleh,ABANG aku boleh, Why me not? So, aku pun kena boleh!InsyaAllah :)

Kadang-kadang aku rasa bersyukur juga berada dalam kelas KAA ini.Urm well,bukan nak berbangga.Budak aliran biasa (PMR)ade kelas tambahan petang sampai 5.00 PM.Kami ada kelas petang tapi sampai 4.30 PM.Kira macam cepat sikitlah.

Sempat aku nak melayan cerita Little Star walaupun hanya beberapa cebis scene sahaja.

Bila difikirkan balik,err KAA lagi tough.9 Subjek woah Lu jangan main-main.Kalau malas jadi nothing.Hero to Zero.Bak pepatah arab," MAN JADDA WAJADA WA MAN ZARA'A HASODA" Sesiapa yang berusaha dia akan mendapat hasil.#maksud pepatah itu lebih kurang macam tu.

merenang gelora kehidupan remaja =)

 
GAMBATTE,GAMBATTE,  
INSYAALLAH BOLEH!!!!

P/S: Post ini aku buat hari ahad,namun tiada kesempatan untuk menyiapkannya maka ia ditunda hingga ke hari ini.Anggaplah anda membaca post ini pada hari AHAD.TQVM :#

Sunday, February 12, 2012

Berselawatlah kepada Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada umat islam sekalian.

Hari aku nak kongsikan sesuatu yang aku peroleh daripada Majalah Gen-Q:Generasi al-Quran.Mesti ramai yang pernah baca kan?InsyaAllah banyak input yang terdapat dalam majalah ini.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang,maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat"
(Riwayat Al-Tabarani daripada Abu Darda' r.a.)
Tempat dan waktu yang dianjurkan berselawat kepada baginda :
Sesudah laungan azam.
Ketika hendak masuk dan keluar daripada masjid..
Dalam Solat Jenazah.
Dalam takbir-takbir raya.
Sewaktu membaca tahiyat(tasyahud) akhir dalam solat.
Pada awal dan akhir bacaan solat.
Pada malam  dan siang hari Jumaat.
Dalam Khutbah dan semasa bacaan qunut.
Ketika orang menyebut nama Rasulullah SAW.
Tiap pagi,petang ketika mengadakan majlis ceramah,ketika susah,sakit dan lain-lain.

Berselawatlah kepada Nabi Muhammad S.A.W bila-bila masa dan di mana-mana sahaja =)

selawat syifa :)
p/s : Jadual kelas budak PMR ni memang padat.6 Hari aku pergi sekolah.Kawan-kawan aku yang lain (kelas KAA) 7 hari!Sebab mereka pergi Tusyen Bahasa Arab pada hari Ahad.Ya Allah,tabahkanlah hati kami :')

Tuesday, February 7, 2012

Hijab and Fashion.

Assalamualaikum dear readers =)
Hari ini aku tak nak cakap panjang-panjang.Sila tonton video ini.Buka telinga besar-besar.Fahamkan apa yang cuba cik adibaah ni cakap.Dear muslimah ,watch this ;)

 
hijab bukan sekadar sehelai kain yang menutup rambut  :)
p/s : renung-renungkanlah ;)

Saturday, February 4, 2012

Farewell My Beloved Principal

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam 1 Malaysia buat anda semua.

Terbang tinggi burung nuri,
Indah nian permandangan Kota Tinggi,
Datin Suwarni pengetua berdedikasi,
Semangatnya sentiasa menjadi Inspirasi

Hari selasa,31 Januari 2012 telah diadakan Majlis Persaraan Datin Suwarni binti Hassan yang merupakan pengetua cemerlang sekolah aku.Aku rasa cukup bertuah kerana telah terpilih untuk menyaksikan majlis ini.

Mungkin di mata orang lain,majlis ini mungkin tak best sebab banyak speech tapi di mataku,majlis ini cukup bermakna.Dari speech yang orang bagi tu lah,kita boleh dengar banyak perkara yang perlu kita lekatkan sekuat-kuat gam gajah kat ingatan kita ni.Speech itu kebanyakannnya fasal pengalaman.Memang best kut dengar.

Seriously kedatangan Datin ke sekolah aku banyak memberikan impak yang positif terutamanya dari segi pembangunan sahsiah dan rohani.Walaupun aku baru 2 tahun bersama Datin,aku tengok makin lama sekolah aku makin banyak berubah.Dari segi rohani terutamanya.Alhamdulillah perubahan yang bagus aku katakan tempoh hari ialah pelaksanaan kelas Al-Quran. Aku ada dengar jugak tahun 2008 dan 2009,banyak anugerah dan pencapaian terbaik yang sekolah aku dapat.

Segulung tahniah buat Datin Suwarni kerana telah mengakhiri karier beliau dengan pencapaian terbaik.

Terima Kasih Datin :)
Jasamu tetap kami kenang..
credits to kak Syaza Izzati

Burung nuri berwarna warni,
Habitatnya di hutan sukar dijumpai,
Selamat bersara  Datin Suwarni.
InsyaAllah kita akan berjumpa lagi

 P/S: Kalau ade salah tang pantun tu korang buat taktau kay XD